Three women holding up cups in a dance. Rider-Waite Tarot.

Resources for survivors | rujukan bantuan buat mangsa

Content Warning: Contains discussion and information on sexual harassment, abuse and violence. Please proceed with caution.

Amaran kandungan sensitif: Mengandungi perbualan dan maklumat berkaitan gangguan seksual, penderaan dan keganasan.

This site collects resources, information and contact details for survivors of sexual violence and abuse, as well as allies looking to support survivors. The majority of resources are in English, but we will make efforts to include resources in other languages where possible.

Halaman ini mengumpulkan bahan sumber, maklumat dan pihak-pihak yang boleh dihubungi bagi mangsa-mangsa keganasan seksual dan sekutu-sekutu yang ingin menyokong para mangsa. Kebanyakan bahan sumber terdapat dalam bahasa Inggeris, tetapi kami akan berusaha menambah bahan sumber di dalam bahasa-bahasa lain sekiranya tersedia.

Immediate Support for survivors | Bantuan Segera buat mangsa

If you are in immediate need of help, please refer to the following hotlines:

Sekiranya anda memerlukan bantuan pada kadar segera, sila rujuk talian-talian berikut:

The following organisations offer a number of services for survivors of abuse and sexual violence, including counselling, legal aid, crisis centres and shelters. Some organisations are regional, though others are able to offer support in multiple states.

They are supportive, compassionate and experienced. Please reach out to these folks if you need help.

Organisasi-organisasi berikut menawarkan khidmat buat mangsa penderaan dan keganasan seksual, termasuk kaunseling, bantuan guaman, pusat krisis dan rumah perlindungan.

Mereka sangat membantu, bertimbang rasa dan penuh belas kasihan dalam menyokong para mangsa. Sila hubungi mereka jika anda memerlukan bantuan.

The Women's Aid Organisation (WAO) offers support to survivors across Malaysia and is one of the best resources for survivors looking for help.

Their TINA Hotline on Whatsapp can be used to directly at +6018 988 8058 or click the button below. Also contact the WAO 24-hour hotline at +603 7956 3488.

Women's Aid Organisation menawarkan bantuan buat mangsa seluruh Malaysia, dan merupakan antara sumber terbaik bagi mangsa yang ingin mendapatkan bantuan.

Talian TINA mereka di Whatsapp boleh dihubungi secara langsung di +6018 988 8058, atau klik terus butang di bawah. Hubungi juga talian 24-jam WAO di +603 7956 3488.

The All Women's Action Society Malaysia (AWAM) has a helpline for survivors of sexual abuse, harassment and violence, as well as a directory of contacts.

Call +60378770224 or email [email protected]

They also offer counselling services, and a network of crisis centres, shelters and legal aid.

All Women's Action Society Malaysia (AWAM) menyediakan talian buat mangsa penderaan, gangguan dan keganasan seksual, serta panduan pihak-pihak untuk dihubungi.

Hubungi +60378770224 or e-mel ke [email protected]

Mereka juga menawarkan khidmat kaunseling serta satu jaringan pusat krisis, rumah-rumah perlindungan dan bantuan guaman.

Women's Centre for Change (WCC) Penang has both resources for survivors and alies on understanding sexual abuse, harassment and violence. They also have state-specific directory for survivors in need of immediate help.

Contact WCC Penang at 04-228 0342 or WhatsApp 011-3108 4001

Contact WCC Seberang at 04-398 8340 or WhatsApp 016-439 0698

Women's Centre for Change (WCC) Pulau Pinang menyediakan bahan-bahan sumber untuk para mangsa dan sekutu mereka bagi memahami penderaan seksual, gangguan dan keganasan. Mereka juga memiliki panduan terperinci mengikut daerah untuk para mangsa yang memerlukan bantuan segera.


Hubungi WCC Penang di 04-228 0342 atau WhatsApp ke 011-3108 4001

Hubungi WCC Seberang di 04-398 8340 atau WhatsApp ke 016-439 0698

The Sarawak Women for Women's Society (SWWS) offers support to survivors within Sarawak State. They run a one-stop crisis centre where survivors may access counselling, medical and legal help.

Contact SWWS's Women Crisis Phone Line at +6082-422660 or click the button below to send a Whatsapp.

Sarawak Women for Women (SWWS) menyokong para mangsa keganasan seksual dan domestik di negeri Sarawak. Mereka menyediakan bahan-bahan sumber untuk para mangsa di pusat krisis mereka, termasuk perkhidmatan kaunseling, perubatan dan bantuan guaman.


Hubungi SWWS's Talian Krisis Wanita di +6082-422660 atau tekan butang Whatsapp di bawah untuk menghantar mesej ke Whatsapp mereka.

The Sabah Women's Action-Resource Group (SAWO) offers support to survivors within Sabah State. They support survivors via a helpline and offer legal aid.

Contact Sawo's Helpline at +6088 280 200.

The Sabah Women's Action-Resource Group (SAWO) menyediakan sokongan kepada para mangsa keganasan seksual di negeri Sabah. Mereka menyokong para mangsa melalui talian bantuan, dan menawarkan bantuan guaman.

Hubungi Talian SAWO di +6088 280 200.

Combating Sexual Harassment and violence in Malaysia |
Membanteras Perlecehan dan Keganasan Seksual di Malaysia

Since the emergence of the #MeToo movement, we have seen the rise of campaigns against sexual harassment and abuse in creative/work/public spaces, though its impact in Malaysia has been relatively muted. Recently, cases have come to light in Malaysian society.

Stories of sexual harassment and violence are not uncommon in Malaysia, but it's time this comes to an end. This has to come to an end.

Sexual harm may come in many forms, and is not limited to rape. Sexual harassment and assault are difficult topics to discuss in our society, and there exists few remedies for survivors in our existing legal system.

Sejak kemunculan gerakan #MeToo di pentas dunia, kita telah menyaksikan kebangkitan pelbagai kempen menentang pelecehan dan keganasan seksual di ruang kreatif / tempat kerja / awam. Walaupun kesan gerakan ini kurang dirasai oleh masyarakat Malaysia, baru-baru ini, pendedahan umum kes-kes berkaitan sudah tidak boleh diendahkan lagi.

Kisah gangguan seksual dan keganasan bukanlah sesuatu yang luar biasa di Malaysia, tetapi sudah tiba masanya ini berakhir. Perkara ini mesti berakhir.

Keganasan seksual boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, dan tidak terhad kepada pemerkosaan. Pelecehan dan keganasan seksual adalah topik yang sukar untuk dibincangkan dalam masyarakat kita, dan sistem perundangan kita yang sedia ada masih tidak cukup untuk membantu para mangsa.

How You Can Help |
bagaimana anda boleh membantu

Volunteer | Bersukarela

If you cannot donate money, you can donate your time to organisations working with survivors. Certain organisations may even take interns, or short-term volunteers.

Jika anda tidak boleh atau mampu menderma dari segi kewangan, anda boleh menderma masa anda dengan membantu organisasi-organisasi yang bekerja dengan para mangsa keganasan seksual. Sebilangan daripada organisasi-organisasi ini sedia menerima pelatih, atau sukarelawan jangka pendek.

Contact Your Member of Parliament / Hubungi Ahli Parlimen Anda

Joint Action Group for Gender Equality (JAG) has been pushing for a Sexual Harassment Act for Malaysia for DECADES. Now JAG, Young Women Making Change, and the National Council of Women’s Organisations is pushing our government to table the bill.

Kumpulan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender (JAG) telah mendesak agar satu Rang Undang-undang (RUU) Gangguan Seksual diperkenalkan sejak BERDEKAD lamanya. Kini, JAG, Young Women Making Change dan National Council of Women's Organisations Malaysia mendesak agar kerajaan kini membentangkan usul ini.

You can help by contacting your MP via phone call or email to demand they push for the bill to be tabled and pledge their support.

HOW TO FIND YOUR MP
1. Go to Parliament's website and click on "Dewan Rakyat" section.
2. On the drop-down menu, click on "Ahli Dewan", then
select your state from the drop-down menu before clicking on "Lihat" to see MPs from your state.
3. Write a letter to your MP regarding your concerns and demands for the Sexual Harassment Act to be tabled.

You may use the following email template, though you're encouraged to adapt it to suit yourself/avoid the email being filtered out:


Dear YB [Insert Name]

I am a resident of [insert your district] and I am writing this email with regards to the Sexual Harassment Bill. I would like to ask you to put your support behind the bill and demand that it be tabled at the next Parliamentary sitting.

As you are likely aware, sexual harassment and violence are pervasive issues in our society today. The #MeToo movement has shown that many are vulnerable to sexual exploitation or abuse. Bearing this in mind, it is imperative that Parliament take swift and decisive action to curb sexual harassment by passing this bill into law.

I believe this issue can no longer be ignored as it directly impacts the well-being of not just women, but their families and communities. Sexual harassment cannot be allowed to persist in our society, and it is your responsibility as an elected representative to stand up for the rights to all citizens.

The Sexual Harassment Bill has been in the works for decades at this point. Countless numbers of hours have been poured into its debate and development - it is time it becomes the law of the land.

I hope you will seriously consider the issue and demand that it is tabled at the next Parliamentary seating, and I also hope that you will pledge your support for its passage. I look forward to your reply.

Sincerely,
[insert your name]







Anda boleh membantu dengan menghubungi Ahli Parlimen anda melalui panggilan telefon, atau hantar e-mel untuk menuntut mereka mendesak usul tersebut dibentangkan dan mengikrarkan sokongan.

KENAL PASTI AHLI PARLIMEN ANDA
1. Pergi ke halaman Parlimen dan klik pada bahagian ”Dewan Rakyat”.
2. Klik pada ”Ahli Dewan ” dalam menu lungsur turun berkenaan, sebelum memilih negeri anda di menu lungsur turun yang terdapat di halaman berikutnya dan menekan butang "Lihat" bagi melihat senarai ahli-ahli Parlimen dari negeri anda.
3. Tulis surat ke ahli Parlimen anda berkenaan kegusaran dan desakan anda agar Rang Undang-undang Gangguan Seksual dibentangkan.

Anda boleh menggunakan contoh e-mel dibawah, tetapi anda sangat digalakkan untuk menyesuaikan contoh berkenaan untuk diri anda, dan untuk mengelakkan e-mel anda ditapis keluar.


Ke hadapan Tuan/Puan [masukkan nama],

Saya merupakan penduduk [masukkan kawasan Parlimen anda] dan e-mel saya ini berkenaan Rang Undang-undang (RUU) Gangguan Seksual. Saya ingin memohon agar Tuan/Puan mengikrarkan sokongan Tuan/Puan untuk RUU ini, dan mendesak agar ia dibentangkan pada sidang Parlimen yang seterusnya.

Seperti yang Tuan/Puan mungkin telah sedari, isu gangguan dan keganasan seksual kian merebak dalam masyarakat kita. Pergerakan #MeToo telah menunjukkan bahawa ramai yang mudah terdedah pada exploitasi atau penderaan seksual. Dengan mengambil kira hal ini, mestinya Parlimen mengambil tindakan segera dan tegas untuk mengekang gangguan seksual dengan meluluskan RUU ini.

Saya percaya isu ini tidak boleh lagi diabaikan kerana ia memberikan kesan terus bukan sahaja terhadap wanita, tetapi juga terhadap keluarga dan komuniti mereka. Gangguan seksual tidak boleh dibiarkan berleluasa dalam masyarakat kita, dan ini merupakan tanggungjawab Tuan/Puan sebagai wakil rakyat yang telah kami undi untuk menegakkan hak-hak untuk semua warga.

Rang Undang-undang Gangguan Seksual ini telah diusahakan selama berdekad lamanya pada peringkat ini. Banyak masa yang telah dihabiskan untuk memperdebatkan dan membentuk RUU ini - sudah tiba masanya ia menjadi undang-undang negara yang termaktub.

Saya berharap agar Tuan/Puan akan mempertimbangkan isu ini, dan mendesak pembentangan RUU ini di sidang Parlimen seterusnya, dan saya juga berharap agar Tuan/Puan akan mengikrarkan sokongan bagi kelulusan RUU ini. Saya menanti jawapan Tuan/Puan berkenaan isu ini.

Dengan ikhlas,
[masukkan nama anda]

Resources | bahan sumber

The following resources come in the form of sites, zines, videos, FAQs and so on. Many of these are free, but support the creators where you can. Take what you need from these sites and educate yourself.

Bahan sumber berikutnya berbentuk laman web, video, soalan-soalan lazim dan lain-lainnya. Kebanyakan bahan-bahan ini adalah percuma, tetapi anda digalakkan untuk menyokong penggubah. Ambil sahaja apa yang anda perlu daripada laman-laman ini, dan didik diri anda.



Cempaka Collective is a local voice who stocks a zine distro with titles on a number of topics, including consent and accountability. Their zines are affordable and available to purchase on their site. You can also support them on their Patreon and access all zines for free.

Kolektif Cempaka merupakan suatu suara watan aktivis yang juga mengedar zine-zine yang menyentuh pelbagai topik termasuk izin dan kebertanggungjawaban.

Zine mereka mampu milik, dan boleh dibeli melalui laman mereka. Anda juga boleh menyokong mereka melalui laman Patreon dan capai semua zine mereka tanpa caj.


How To Support Survivors &
Heal Harm | Cara-Cara Menyokong & Membantu Pemulihan Mangsa

Sexual Harassment Bill (Malaysia) | Rang Undang-undang keganasan seksual Malaysia

Online Harassment Resources |
bahan sumber bagi keganasan atas talian

Frequently Asked Questions |
soalan-soalan lazim

WHY DON'T SURVIVORS REPORT TO THE POLICE?

Often, individuals will question why survivors do not report their stories to the police. Survivors may even come under fire for going public/ taking to social media with their stories.

First of all, no two survivors of sexual violence will exhibit or process trauma in the same way. Differences can cause others to doubt them, including those in positions of authority. Read this thread by Twitter user, @mymanamana who shared their experience with reporting her assault to the police. (Content warning: Rape, Sexual Assault)



MENGAPA MANGSA TIDAK MELAPOR KE POLIS?

Para mangsa juga mungkin akan diserang atau diugut setelah mendedahkan atau menyiarkan kisah mereka di media sosial.

Setiap mangsa keganasan seksual memperlihatkan, atau memproses trauma mereka melalui cara tersendiri. Perbezaan-perbezaan ini mungkin menimbulkan keraguan orang lain, termasuklah dari mereka yang dalam kedudukan lebih berkuasa. Sila baca untaian ini dari pengguna Twitter, @mymanamana yang berkongsi pengalamannya melaporkan serangannya kepada pihak polis. (Amaran kandungan sensitif: Rogol, keganasan seksual)

Contact | hubungi

If you think I have missed something or you would like to add a resource to this Carrd, please contact me on Twitter @sam_sicilipadi. DMs are not open, but just tweet @.

Sekiranya saya terlepas pandang, atau anda ingin menambah bahan sumber ke Carrd ini, sila hubungi saya di Twitter @sam_sicilipadi. Mesej langsung tidak dibuka, tapi anda boleh tweet @.


Note: This site is compiled from resource threads by @syarsalia and @sweetestofbeans.

Makluman: Halaman ini mengepilkan untaian sumber dari @syarsalia, serta usaha @sweetestofbeans.